Nahas bas: 7 atlet skuasy Sukan Sea cedera

2017年08月21日     2,325     檢舉

 21 Aug 2017

Tujuh pemain skuasy Myanmar dan seorang jurulatih Filipina, cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabit nahas ketika dalam perjalanan ke lokasi pertandingan di Bukit Jalil, pagi tadi.

Nahas bas: 7 atlet skuasy Sukan Sea cedera

Memetik BH Online, mangsa yang terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita itu, masing-masing cedera ringan pada kaki dan muka, sebelum dikejarkan ke Institut Sukan Negara (ISN) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata semua mangsa dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing selepas menerima rawatan pesakit luar.

Dalam kemalangan jam 7.50 pagi tadi, dua bas yang membawa 28 atlet terbabit dalam satu kemalangan dekat plaza tol Sungai Besi menghala ke Lebuhraya Kesas.

Nahas bas: 7 atlet skuasy Sukan Sea cedera

Ketika kejadian, bas terbabit membawa 13 atlet Thailand, lima Filipina dan 10 Myanmar.

Mohd Nadzri berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila bas yang berada di hadapan memberhentikan kenderaannya secara mengejut sebelum dilanggar bas yang mengekorinya.

"Pemandu bas yang berada di hadapan itu berhenti secara mengejut apabila sebuah motosikal memasuki laluannya secara tiba-tiba, mengakibatkan bas di belakang tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

"Walau bagaimanapun, atlet yang selamat dihantar ke lokasi pertandingan masing-masing dengan menggunakan bas gantian," katanya.