DOJ dedah isu rantai berlian isteri MO1

2017年06月16日     4,217     檢舉

15 Jun 2017

Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada 「penderma」.

Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.

Ia juga mendakwa 「derma」 yang dipulangkan itu digunakan oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

MO1 disifatkan sebagai pegawai kanan kerajaan oleh DOJ.

Tahun lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan perdana menteri bukan sebahagian daripada siasatan.

Najib telah menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.

Ini termasuk ASS$681 juta yang dipindahkan pada Mac 2013. Dokumen DOJ memetik Peguam Negara Malaysia Tan Sri Apandi Ali sebagai berkata ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi.

Kedua-dua pihak, DOJ dan Apandi, berkata AS$620 juta telah dipulangkan.

DOJ mendakwa wang yang berpunca daripada 1MDB, dan dipindahkan kepada MO1 dan kemudian dipulangkan kembali, melalui akaun bank Tanore Corporation di Singapura.

Kes di mahkamah republik itu menyebut akaun itu dikawal oleh Low.

Bagaimanapun, apa yang berlaku kepada wangg yang dipulangkan itu kekal misteri sehinggalah butiran lanjutnya dinyatakan dalam saman 251 halaman DOJ pada Khamis.

Menurut DOJ, pada Jun 2013, dua bulan sebelum wang itu dipulangkan, Low dikatakan menghubungi tukang emas permata Lorraine Schwartz berkaitan 「rantai berlian merah jambu permata bentuk hati 18 carrot (sic)」.

內容未完結,請點擊「第2頁」繼續瀏覽。