Lim Guan Eng kena memeluk ISLAM jika ingin hadir majlis berbuka puasa!

2017年05月27日     10,473     檢舉

May 26, 2017 GEORGE TOWN: Menurut Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin berkata sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang ingin Lim Guan Eng mahu turut serta dalam acara berbuka puasa, beliau perlu memeluk Islam.

Sebuah kumpulan yang terdiri dari kira-kira 50 orang hari ini mengadakan tunjuk perasaan di luar Masjid Simpang Enam di Jalan Macalister sambil mendakwa pimpinan DAP dari kerajaan negeri campur tangan dalam urusan fatwa. Mereka berkata ketua menteri Lim Guan Eng perlu dilarang hadir majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan yang bermula esok.

「Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini,」 Mohd Hafiz Noordin berkata.

「Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita.」 katanya.

Namun, tuduhan itu dinafikan kerajaan negeri setelah tuduhan itu dibangkit oleh Ketua Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden. Afnan merupakan induvidu yang mulakan tuduhan tersebut bahawa kerajaan negeri campur tangan urusan fatwa. Beliau mendakwa semua fatwa negeri perlu disetujui exco kerajaan negeri diketuai Lim.

Selain itu, Afnan berkata fatwa hanya perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan kerajaan negeri tidak berhak memberi pandangannya.

Menurut FMT (Free Malaysia Today), Perhimpunan hari ini juga berlaku insiden pegawai penerangan di Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ahmad, dikepung beberapa lelaki ketika beliau memerhatikan protes itu dan ditampar oleh seorang warga tua.

Zaidi, bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat mejar yang pernah dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana mendakwa penipuan pilihan raya, menyifatkan tuduhan yang dibuat Hafiz sebagai pembohongan.

Hafiz ketika ditemui menuduh Zaidi cuba membuat provokasi terhadap penyokongnya.

「Zaidi kata saya bohong. Dia membuat provokasi,」 katanya.

Beberapa orang turut mengherdik Zaidi sambil memanggilnya 「lembu dan barua DAP」.

Komen-komen Pembaca: 

Mambo Jambo: dinegara maju, sampai tahap ni... (reuters.."U.S. Secretary of State Rex Tillerson has declined a request to host an event to mark Islam's holy month of Ramadan"...). Apa lagi di 1malaysiatampar...? malu lah....

內容未完結,請點擊「第2頁」繼續瀏覽。